Tuesday, May 19, 2009

Choking ( tercekik )

Sering kita dengar perkataan tercekik, apa yang perlu kita buat apabila seseorang itu tercekik.

Sebelum kita melakukan sesuatu keatas mangsa, kita perlu tahu serba sedikit bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan apakah tindakan yang perlu kita lakukan.

Tercekik selalunya terjadi disebabkan oleh makanan yang kita makan dan makanan tersebut tersekat disalur pernafasan, keadaan ini menyebabkan seseorang itu tidak boleh bercakap dan batuk.

apa perlu kita lakukan ....

tercekik sepenuhnya ( total obstruction ) -mangsa tidak boleh batuk dan bercakap .

tercekik separuh ( partial obstruction )- dalam keadaan ini mangsa masih lagi boleh bercakap atau batuk -jika keadaan ini terjadi - jangan lakukan apa2 dan bawa mangsa ke hospital .

keadaan bila mangsa tercekik



apa yang kita kuatirkan apabila mangsa mengalami tercekik sepenuhnya dan dalam keadaan ini mangsa tidak dapat bernafas.

tindakan kita :

1. bertanyakan mangsa adakah dia tercekik...selalunya dalam keadaan ini mangsa hanya menganggukan kepala.

2. beritahu mangsa kita akan membantu mengeluarkannya.

3. lakukan "back blow" iaitu dengan menggunakan pangkal tapak tangan, tampar belakang mangsa diantara dua tulang skapula. lakukan 5 kali dan sambil lihat keadaan mangsa.

4. selepas itu lakukan pula abdominal trust sebanyak 5 kali.


5. ulang lakukan perkara di no 3 dan 4 sehingga bendasing itu keluar / sehingga mangsa boleh bercakap ....

jika mangsa pengsan dapatkan bantuan 999.

Sunday, May 17, 2009

Chest Compression

Berjumpa sekali lagi dalam arena melakukan CPR. kenapa seringkali kita melakukan CPR tetapi tidak juga berjaya menyelamatkan pesakit.

Memang benar, peratusan menyelamatkan pesakit apabila melakukan CPR amat rendah, setiap satu minit kita melambatkan CPR ,10% peluang untuk menyelamatkan pesakit akan hilang ....jika terlambat melakukan CPR sehingga 10minit, maknanya peluang untuk menyelamatkan pesakit hampir mustahil.

Chest compression ( tekanan dada ) adalah amat mudah dilakukan tanpa menggunakan apa2 gadget atau peralatan.

Bagaimana Melakukannya

1. Lokasi tekanan, pastikan anda menekan ditengah -tengah tulang sternum ( tulang dada.

2. lock kan kedua -dua tangan anda.


3. straight, jangan bengkokkan siku semasa menekan .

4. menekan dada dengan menggunakan berat badan, bukan dengan menggunakan lengan.

5. Kedalaman tekanan

Dewasa - 1 1/2 - 2 inci

6. pastikan tekanan dengan betul, tidak boleh meloncat-loncat.

7. tekanan sebanyak 30 kali, diikuti dengan hembusan 2 kali .

8. anda perlu mencapai 100 kali tekanan dalam satu minit .

selamat mencuba ........

Saturday, May 16, 2009

CPR - Pernafasan Dari Mulut Ke Mulut

Dengar macam seronok ...ade juga yang seram ...

Tapi banyak juga yang takut ..takut pada penyakit- berjangkit ?,
maklumlah zaman ini macam-macam penyakit - berjangkit yang ada.

Jadi bagaimana, boleh kah kita buat CPR tanpa melakukan pernafasan dari mulut ke mulut.

Jawapannya BOLEH ....

Mengikut guideliness AHA 2005 ( American Heart Association ) kita masih boleh melakukan CPR tanpa melakukan pernafasan dari mulut ke mulut. bagaimana nak lakukannya ...senang ajer buat saja tekanan dada selama 2 minit tak henti-henti, selepas 2 minit periksa semula mangsa ( sama ada memeriksa nadi / pergerakan/ pernafasan ) .

Tapi untuk pengetahuan ade juga alat yang boleh diguna untuk melakukan pernafasan, iaitu " pocket face mask" dan " face shield" .

" Pocket Face Mask "

Banyak cara memegangnya... ini saya beri salah satu cara memegang " Pocket Face Mask ".

Harga nya lebih kurang .....dari RM 25.00 - 120.00 bergantung pada "brand"


Face Shield"

kebanyakan datang dalam bentuk pek kecil boleh gantung bersama-sama kunci.


Harga nya lebih kurang .....bawah dari RM 10.00 bergantung pada "brand"

Jadi kalau ade sikit-sikit lebih tu, beli lah alat ini dan simpan dalam kereta ker atau bag ker, bukan nya apa, kalau kecemasan boleh jugak menggunakannya .

Thursday, May 14, 2009

Bersediakah anda melakukan CPR

Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR adalah satu kaedah yang sangat penting untuk menyelamatkan nyawa, banyak yang telah tahu tapi masih ada juga yang ambil ringan atau buat sambil lewa dalam mempelajarinya , bagi yang telah tahu ini adalah satu “revision” .

Kenapa perlu buat CPR

1. Untuk menyelamatkan nyawa.
2. Kebanyakan serangan jantung dapat dipulihkan dengan CPR
3. Segerakan melakukan CPR boleh menghalang dari kematian otak kekal .

Otak adalah sel yang sangat sensitif, Jika ia tidak menerima oksigen lebih 4-6 minit ia akan mula mati dan selepas 10 minit otak akan mati.

CPR adalah cukup mudah dilakukan semudah ABC. Jadi hendak belajar anda perlu tahu DR.ABC.

Apa itu DR. ABC

D = Danger ( iaitu lihat bahaya sebelum mulakan bantuan ). Bahaya ini bermaksud sekitaran tempat yang hendak dilakukan CPR adalah selamat terutamanya untuk penyelamat.

R= Respon ( tepuk bahu mangsa dengan kedua-dua belah tangan, dengan bertanyakan keadaan mangsa) Hello are u OK - posisikan mangsa diatas tempat yang keras).



Jika tiada respon sila dapatkan bantuan ( 999 ).

A= Airway ( buka salur pernafasan dengan dongakkan kepala dan angkat dagu) lihat , dengar dan rasa pernafasan mangsa selama 5-10 saat.





B = Breathing ( Jika tidak bernafas beri bantuan pernafasan dengan memicit hidung dan melakukan pernafasan mulut ke mulut.





C = Circulation ( periksa nadi karotid selama 10 saat / bagi yang tidak dapat memeriksa nadi lihat pergerakan dan pernafasan mangsa ) jika tiada - mula lakukan tekanan dada sebanyak 30 kali tekanan dan 2 kali hembusan .




30 tekanan dan 2 hembusan = 1 pusingan , lakukan sebanyak 5 pusingan selepas 5 pusingan nilai nadi mangsa …. Lakukan sehingga bantuan tiba .

Jika terdapat nadi dan pernafasan -lakukan posisi pemulihan ( recovery position ).




Saya cuba buat seberapa ringkas yang boleh . Maklumat ini adalah secara lisan sahaja, untuk mendapatkan teknik yang berkesan anda sepatutnya melakukan keatas manikin ( berkursus ).

Jika anda perlukan maklumat lanjut sila tinggalkan pesanan di ruang comments , saya akan beri maklumbalas.

Monday, May 11, 2009

Mengurut diri sendiri ( self massage )

1. Kebanyakan orang yang secara naluri menggosok leher mereka atau bahu apabila otot-otot mereka rasa sakit atau lenguh, dalam keadaan tersebut secara tidak langsung mereka telah melakukan satu kaedah penyembuhan holistik.

2. Jika anda dalam keadaan sihat, penggunaan urutan diri adalah satu rutin asas dan merupakan satu jalan terbaik untuk mencegah penyakit. jika anda sedang dalam keadaan sakit, urut diri boleh dimulakan secara perlahan dan proses penyembuhan akan beransur baik.

3. Dengan urutan ini juga boleh meringankan badan, meningkatkan edaran dan membantu mengurangkan pembengkakan, ia mengurangkan keletihan dan menyegarkan semula badan anda.

4. Anda boleh mengurut dengan menggunakan tangan anda sendiri atau dengan menggunakan sarung tangan menambah sedikit minyak adalah sangat baik supaya semasa pengurutan dibuat akan mengurangkan geseran antara tangan anda dan kulit.

5. Urutan juga boleh dimulakan pada kaki anda dan dengan lemah lembut menekan kulit anda dalam satu gerakan membulat.

6. Urutan ini menjadi lebih baik dimulakan pada awal pagi dan dilakukan pada tempat yang banyak pengaliran udara .

Bagaimana…. apa salahnya anda mencuba untuk mendapatkan kesegaran pada waktu pagi ……selamat mencuba

Friday, May 2, 2008

Bahagia ? / Bebaskah Aku Berfikir

Pause ...Agonal .....berhenti seketika ..........berfikir.......
Ramai yang selalu berfikir kabahagiaan dalam hidup ...mudaratkah......
bebaskah aku berfikir dan bagaimana ?

Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang -layang .Seterusnya segala urusan akan menjadi kacau bilau, kecemasan dan kedukaan akan menjadi lebih banyak :-

Sabda Rasulullah SAW,

  • Bila engkau berada di pagi hari , jangan lah tunggu datangnya petang hari.
  • Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi

Kenangan masa lalu selalu sering menghantui, dan seringkali teringat, terlalu pantas, susah untuk memangkas apabila melalui didepan fikiran. Bagaimana?, bolehkah aku lupa begitu saja. Cakap memang senang, dia datang lagi...dan lagi ...Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi tumpukan diri anda pada masa kini, kerana terlalu memikirkan masa lalu dan sesuatu perkara yang telah selesai merupakan satu kebodohan yang nyata dan menyebabkan kegilaan.

Aku terlalu sibuk tiada masa, banyak kerja nih ....kalau kau nak tahu sampai bulan disember penuh dengan aktiviti . wawasan aku ....cita -cita aku belum tercapai lagi .....susahlah macam nih ...apa aku nak jadi nih 5 tahun...10 tahun ...15 tahun akan datang ....Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan yang masih berada di alam ghaib yang anda tidak tahu hujung pangkalnya, teguhkan pendirian, jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Berfikirlah dengan nikmat dan selalu bersyukur.

Aku nih bekerja keras habis -habisan bos tak nampak ker....orang lain dah dapat macam -macam aku nih apa pon tarak ....kerja bagi bertimbun-timbun, tak sempat habis minggu nih minggu depan ditambah ......dah lah kandang-kadang hari cuti pon aku pergi tak claim pulak tu ..aish..tensen .....Teguhlah pendirin dalam menghadapi dugaan hidup, jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang, bekerjalah dengan penuh ketenangan dan kasih sayang," barang siapa menginginkan ketenangan, kenteteraman dan kesenangan maka berzikirlah kepada Allah". Jika berkerja untuk mendapatkan sesuatu maka kerja anda tak kemana dan berakhir dengan kekecewaan ...jika kerja anda penuh dengan kasih sayang maka kemenangan menanti di depan.

Jangan hancurkan hidup anda dengan perkara-perkara yang remeh, sesunguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Jangan lah risau kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan kitaran roda...

Jangan Marah.....Jangan Marah .....Jangan Marah .....

Wednesday, March 26, 2008

Letih, Lesu dan Tidak Bermaya .......

Kalau anda selalu rasa malas dan letih setiap hari walaupun anda telah tidur dengan mencukupi. Ini adalah salah satu cara badan anda bertindak untuk menambah dan menyimpan tenaga anda.

Mitocondria adalah satu struktur sel yang nipis yang dipanggil "power plant" dimana dapat mengeluarkan tenaga sepatutnya.

Jika inilah pertama kali anda merasa letih, keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin, mineral, enzim atau oksigen yang diperlukan untuk metabolisma.
Kekurangan vitamin, mineral, enzim atau oksigen akan menyebabkan pembahagian sel menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan anda menjadi tidak bermaya.

Keadaan letih dan lesu mungkin juga disebabkan oleh keadaan lain seperti anemia, tekanan darah rendah, infeksi yang kronik atau penyakit hati.( untuk mengetahui penyakit berikut anda dinasihati berjumpa dengan Doktor).

Letih dan lesu adalah satu isyarat dari badan anda, yang tidak boleh diambil sambil lewa. Jangan sesekali menggunakan minuman atau bahan yang mengandungi Kaffin "caffeine" sebagai bahan stimulasi.

Apa yang boleh anda lakukan
Untuk menghilangkan rasa letih dan lesu, anda sepatutnya mengimbangi antara aktiviti yang memerlukan tenaga dan rehat.

Bersukan atau melakukan exercise pada waktu pagi membantu anda meningkatkan tenaga.

Makanan yang seimbang iaitu mempunyai banyak buah dan sayuran akan memberi tenaga kepada sel dengan secukupnya untuk melawan keletihan anda.
Makanan yang mengandungi kaffin dan nicotine akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral dengan baik.

Elakkan pengambilan gula yang banyak, gula yang banyak akan menyebabakan penyerapan berlaku dengan cepat dan masuk kedalam aliran darah. Selepas gula dalam darah berkurangan akan menyebabkan anda menjadi lebih letih dari sebelumnya.

Hot -Cold Showers
Mandi dengan air panas dan sejuk . Pada mulanya mandi dengan air panas selama 3 minit dan diikuti dengan air sejuk 3 minit . Keadaan ini akan membantu stimulasi kulit anda dan menyebabkan pengaliran darah dalam badan menjadi lebih baik. Keadaan ini juga akan menyingkirkan bahan buangan dari badan anda.

Wednesday, March 19, 2008

Fever ( Demam )

Suhu badan kita pada tahap normal diantara 97 F -98.6 F. Bagi orang dewasa suhu badan 102F dikira mengalami demam yang ringan .
Suhu badan kita dikawal oleh otak yang dinamakan hipotalamus.

Apabila badan kita dijangkiti infeksi bakteria, virus ataupun mengalami kecederaan. hypotalamus akan meningkatkan suhu badan kita , keadaan ini terjadi adalah respon daripada mekanisma kawalan, iaitu apabila berlaku peningkatan suhu badan, badan akan mengaktifkan sistem imuniti. Pengaktifan sistem imuniti akan menyebabkan proses penyembuhan berlaku.

Jika berlaku deman yang ringan, proses ini akan mengekalkan fungsi badan secara natural. Jika demam menjadi lebih tinggi iaitu melebihi 104 F keadaan ini memyebabkan sistem badan menjadi tidak stabil dan membahayakan, dengan ini ubatan adalah perlu untuk menurunkan suhu badan tersebut.

Deman yang tinggi kepada kanak-kanak yang kurang dari 4 tahun akan menyebabkan convulsi atau tarik dan akan menjadi dehydrasi.

Apa perlu anda buat :

Perkara yang utama yang perlu dilakukan semasa demam ialah dengan minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan makan makanan yang kurang lemak untuk mambantu dalam sistem penghadaman.

Mengelapkan badan dengan tuala / kain yang basah di kepala , ketiak dan paha boleh menurunkan suhu badan.

Jirus dengan air yang sejuk pada kedua-dua belah kaki. iaitu bermula dari lutut dan berakhir ke jari kaki.

Makan ubat paracetamol ( panadol ) mengikut dos yang ditetapkan jangan sesekali melebihi dos kerana ini akan menyebabkan keracunan.

Berjumpalah dengan doktor apabila keadaan demam belarutan.

Friday, March 7, 2008

ASMA

Asma adalah satu penyakit yang biasanya terjadi kepada kanak-kanak dan awal dewasa. Tetapi boleh juga terjadi pada semua peringkat umur.
Asma pada kanak-kanak kemungkinan akan hilang apabila dewasa.
tetapi asma peringkat dewasa kebiasaannya akan berkekalan.

Bunyi Wheez, ketat dada, kesukaran bernafas dan simptom lain terjadi akibat daripada saluran pernafasan menjadi sempit dan menyebabkan kekejangan Bronkos" bronchospasm".

Keturunan adalah mungkin salah satu faktor utama penyakit. Stres dan emosi boleh menerukkan keadaan asma.

Bagaimana pemakanan boleh menolong mengawal penyakit asma.
Anda perlu makan banyak
  • Buah-buahan dan sayuran( 5-10 serve setiap hari )
  • Sup ayam, Bubur dan air untuk menolong menipiskan mukus bronkial.
  • Makanan yang mempunyai omega3 fatty acid seperti ikan salmon,tenggiri,hering dan sadin untuk mengawal inflamasi.
Elakkan
  • makanan yang boleh menjadi alahan kepada anda.
  • cendawan. cheese, sos soya, dan yeast yang mana boleh menerukkan serangan asma.
  • makanan yang disimpan/ peram bersama sulfat.
  • Salicylate, mempunyai aspirin, tea, salad dressing,
elakkan alahan :
Seperti habuk dan bulu binatang
Ubatan :
kebanyakan penyakit asma akan pulih apabila pesakit mengambil ubatan bronkodilator,sesetengah kes perlu ubatan seperti adrenalin dan corticosteroid untuk pulihkan mangsa.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA, ELAKKAN ALAHAN YANG BOLEH MENERUKKAN KEADAAN

Wednesday, March 5, 2008

Kecederaan Spinal

Kecederaan spinal adalah salah satu keadaan yang serius bagi seorang pesakit. Ia boleh menyebabkan kelumpuhan yang berterusan dan mangsa yang menghadapinya hilang upaya yang berkekalan.
Oleh itu penjagaan dan rawatan awal adalah amat penting agar kecederaan yang dialami tidak menjadi semakin teruk.

A. Golongana yang berisiko untuk mengalami kecederaan spinal.
  • Sebarang kecederaan yang berlaku di atas dari tulang bahu.
  • Kecederaab kepala dan tidak sedarkan diri.
  • Kemalangan yang melibatkan kecederaan had laju yangt tinggi.
  • Tidak merasai kesakitan di bahagian bawah dari tulang bahu.

B. Tanda Kecederaan spinal bagi pesakit yang tidak sedarkan diri.

  • Tiada refleks aiatu tindak balas terhadap punca kesakitan.
  • Pernafasan dada mangsa tidak berkembang dengan baik semasa menarik nafas, yanag bergerak cuma abdomen.
  • Tidak boleh meluruskan sendi siku.
  • Kadar nadi dan tekanan darah yang rendah
  • Priapism

Rawatan Kecemasan

Pesakit hendaklah di immobilisasikan secara total yang melibatkan bahagian leher dan tulang belakang.

Pemindahan pesakit hendaklah dilakukan dengan cermat sekali. lehernya dibalut dengan colar cervical dan badannya diikat pada papan spinal board.

Wednesday, February 27, 2008

Pendarahan dan Luka

Kita mungkin terdedah dengan pelbagai kecederaan sama ada dirumah, diluar atau ditempat kerja. Dengan kecederaan tersebut, kemungkinan akan berlaku pendarahan dan kita perlu melakukan sesuatu supaya darah yang keluar dapat dihentikan dengan cara yang betul .

KLASIFIKASI :

A. PENDARAHAN LUAR
- Pendarahan dari permukaan kulit dan dapat dilihat.
B. PENDARAHAN DALAM
- Pendarahan di dalam tisu atau ruang tubuh.
- Di ketahui melalui tanda dan gejala pada mangsa.

JENIS PENDARAHAN

A. Pendarahan Arteri
- Darah warna merah terang
- Tekanan tinggi dan memancut
- Dari jantung ke tisu atau organ

B. Pendarahan Vena
- Darah warna merah gelap
- Tekanan rendah dan aliran mantap
- Dari tisu atau organ ke jantung

C. Pendarahan kapilari
- Darah kurang kemerahan
- Rembesan sahaja.

Apa Yang perlu Anda Lakukan
Pendarahan Luar
- alihkan mangsa ke tempat selamat
- periksa luka
- dedahkan dan lihat keadaan luka
- bersihkan jika luka kecil
- cari luka lain jika ada
- pastikan kebersihan tangan penyelamat

Bagaimanakah untuk hentikan pendarahan
a. tekanan secara langsung
- guna tangan mangsa/penyelamat
- guna kain bebat
- guna bandej untuk balutan
b. tekanan tak langsung
- salurnadi brakial
- salurnadi femoral

Tenangkan mangsa
- tinggikan bahagian anggota cedera
- hantar ke hospital


Jika bendasing terlekat pada luka

- letak kain bebat/bersih secara longgar di tempat luka
- letakkan pad antara luka untuk mudahkan balutan
- tinggikan bahagian sakit
- jika ada kepatahan,kurangkan gerakan tempat cedera
- tentukan jari terasa panas dan nadi ada
- hantar ke hospital

Pendarahan Dalaman
- baringkan mangsa dan palingkan mangsa
- kurangkan pergerakan
- tinggikan kaki dan tenangkan mangsa
- longgarkan pakaian ketat
- periksa saluran pernafasan(airway),
pernafasan(breathing),nadi(circulation)
- kedudukan pemulihan jika tak sedarkan diri
- hantar ke hospital

Pendarahan Telinga
- duduk dan sandarkan mangsa
- sengetkan ke bawah telinga yang berdarah
- letakkan kain bebat/bersih dan balutkan jangan
terlalu ketat

Pendarahan Mata
- baringkan terlentang
- suruh tutup mata yang cedera
- letak kain bebat/bersih dan balutkan jangan
terlalu ketat

Pendarahan Hidung
- dudukkan mangsa dan kepala arah ke depan
- bernafas melalui mulut
- tekan hidung selama 10 minit
- elak bercakap,menelan atau hembus angin
melalui hidung

Berikut adalah rawatan kecemasan yang boleh anda lakukan kepada mangsa, jangan lengah dan membuang masa, hantar mangsa ke hospital dengan segera. Setiap minit adalah berharga.

Monday, February 25, 2008

Sawan / Epilepsi / Tarik

Penyakit epilepsi dan sawan adalah keadaaan yang berkaitan diantara satu sama lain dan sering menimbul kekeliruan, namun bukan semua sawan itu epilepsi.
Anggapan penyakit sawan sebagai penyakit gila iaitu gila -babi membuatkan orang ramai berasa malu apabila mendapat penyakit sawan. Sawan adalah disebabkan oleh gangguan seketika di bahagian otak yang mengawal badan.
Pelbagai punca sawan telah dikenalpasti seperti stroke, kecederaan kepala, ketagih dadah, ketagih alkohol, kekurangan oksigen, kekurangan glukos dalam darah, jangkitan kuman dalam otak dan deman yang tinggi pada bayi atau kanak-kanak.
Sawan lebih kerap berlaku kepada pengidap epilepsi.

Bagaimana mengendalikan mangsa sawan
Matlamat sebenar ialah melindungi mangsa daripada mendapat kecederaan semasa serangan tersebut. Biarkan mangsa tanpa ganguan sehingga sawan itu berhenti.
1. Jauhkan apa jua barang yang berdekatan dengan mangsa.
2. Baringkan mangsa diatas katil atau diatas lantai, elakkan kepala mangsa daripada terhantuk daripada benda keras.
3. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat, mengiringkan mangsa ke sisi.
4. Longgarkan pakaian.
5. Jangan cuba mengikat atau memegang mangsa semasa serangan sawan.
6. Jangan cuba memasuk sesuatu ke dalam mulut mangsa seperti sudu dan sebagainya.
7. Apabila serangan sawan terhenti :
  • Posisikan mangsa mengiring supaya salur pernafasan tidak tersekat.
  • Berikan oksigen jika ada
  • Jangan memberikan mangsa sebarang makanan sehingga mangsa betul-betul sedar.
  • Lakukan jeluman dengan air bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami suhu badan yang tinggi ( demam).
  • jangan lupa hantarkan mangsa ke hospital walaupun mangsa telah sedar untuk mendapat rawatan lanjutan .

Sunday, February 24, 2008

Kepentingan Otak

Otak adalah pusat utama untuk mengawal tahap kesedaran dan pemikiran manusia. Ia menerima rangsangan dari seluruh organ badan dan hantar respon maklumbalas ke tisu-tisu berlainan untuk menghasil fungsi yang dikehendaki.
Otak juga mengawal emosi, daya ingatan dan daya intelik kita. Fungsi otak yang normal akan membolehkan seseorang itu mengawal diri untuk bertindakbalas dengan alam persekitaran, berfikir serta memahami keadaan dirinya.
Otak mengawal semua fungsi badan. Contohnya pergerakan anggota lengan dan kaki sebelah kiri badan dikawal oleh otak sebelah kanan dan sebaliknya.
Sel-sel otak amat sensitif terhadap kekurangan oksigen. Apabila oksigen berkurangan di dalam darah, sel-sel otak akan cepat rosak. Apabila tisu otak telah rosak ia sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Oleh yang demikian, oksigen hendaklah sentiasa diberikan kepada seseorang yang cedera supaya fungsi otak tidak terganggu akibat kekurangan oksigen.
Kecederaan dikepala membawa implikasi yang serius kerana otak didalamnya mungkin mengalami kecederaan.
Apabila otak tercedera, ia mengakibatkan gangguan tahap kesedaran seperti keadaan mengantuk, kebingungan, keresahan, keadaan separuh sedar atau langsung tidak sedarkan diri.
Hentakan yang kuat dan kepatahan tulang tengkorak atau kecederaan nyang menembusi tulang tengkorak akan merosakkan otak iaitu mencederakan tisu otak yang sangat lembut justeru merosakkan fungsinya dan memyebabkan pendarahan didalam otak yanag akan menekan dan merosakkan bahagian otak yang berada disekitarnya.

Gunalah otak dengan bijak , hindari kecederaan.

Thursday, February 21, 2008

Anda Ahli Sukan

Anda ahli sukan, tahukah anda terdapat ramai ahli sukan mendapat kecederaan, sama ada ahli sukan terlatih atau tidak. Kecederaan berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya seperti tidak “warn-up” sebelum aktiviti dilakukan, melakukan sesuatu aktiviti melebihi kemampuan dan sebagainya. Jadi anda senang mendapat kecederaan jika tidak mengikut sesuatu prosedur dengan betul . Disini Pendekar ingin memberi penjelasan beberapa jenis kecederaan dan cara rawatannya .



1. TERSELIUH (SPRAIN)

Definisi :
Kecederaan pada suatu ligamen (suatu jalinan kuat tisu berserat hubungkan dua tulang bersama pada sendi) disebabkan oleh regangan lampau.

Tanda dan Gejala :

1) Sakit pada tempat yang cedera
2) Terdapat bengkak dan lebam
3) Sakit bila bergerak
4) Pergerakan terhad

2. KETEGANGAN OTOT (STRAIN)

Definisi :
Regangan atau pekerjaan lampau suatu otot.

Tanda dan Gejala :

1) Sakit yang mencucuk bila bergerak
2) Terdapat bengkak dan lebam
3) Rasa kaku (stif) tempat yang cedera.


Tindakan Perawatan Terseliuh dan Ketegangan Otot :

Kaedah R.I.C.E
1) REST (Rehat)
- kurangkan pergerakan tempat cedera
- berikan kedudukan selesa
2) ICE (Ais)
- demahan sejuk untuk kurangkan bengkak

3) COMPRESS (Balutan Tekanan)
- untuk kurangkan bengkak

4) ELEVATION (Tinggikan)
- tinggikan anggota cedera untuk kurangkan bengkak

Elakkan :

1) Tuaman panas dan mengurut dalam 48 jam
2) Aktiviti anggota yang cedera

Langkah Elak Kecederaan :

1) Senaman memanaskan badan mencukupi
2) Memakai kasut yang sesuai
3) Lakukan aktiviti di atas permukaan yang rata


3. KEKEJANGAN (CRAMP)

Definisi :
Pengecutan otot berpanjangan disebabkan oleh ketidakseimbangan garam dalam tubuh atau kelesuan otot.

Tanda Dan Gejala :

1) Sakit tempat yang cedera.
2) Rasa pengecutan otot

Tindakan Perawatan :

1) Rehatkan pesakit
2) Luruskan tempat yang kejang dan urut perlahan-lahan.

Otot Peha - luruskan dan tinggikan kaki
- ampu pergelangan kaki dan tekan lutut.
- urut perlahan-lahan


Otot Peha Depan - bengkok lutut
- urut perlahan-lahan

Betis Dan Peha - ampu kakinya
- tolak hujung jari-jari kaki kearah mukanya
secara perlahan

*** Apa yang tertera disini adalah rawatan asas ( first aid ).Anda perlu mendapat nasihat dan rawatan lanjutan dari Pegawai Perubatan ( Doktor).

Monday, February 18, 2008

Hari ini pendekar hendak berbicara sikit berkenaan dengan pertolongan cemas, perkara ini mungkin berlaku dan jika kita tahu serba sedikit mungkin akan dapat menyelamatkan mangsa.

ASFIKSIA

Asfiksia adalah satu keadaan mengancam nyawa apabila oksigen dihalang daripada sampai ke tisu oleh penyekatan atau kerosakan pada sebarang bahagian sistem pernafasan.sebab-sebabnya adalah seperti berikut;

• Tersekat saluran pernafasan :
1) Lidah tertolak ke belakang bagi mangsa tak sedar diri.
2) Air di dalam saluran pernafasan (lemas air).
3) Tekanan pada saluran pernafasan e.g gantung diri,dicekik.
4) Disekat gigi palsu,makanan atau muntah.
5) Pembengkakan tisu di kerongkong e.g terminum bahan asid atau alkali,sengatan binatang bisa,penyakit.
6) Kelemasan e.g tertindih,pengsan dengan muka tertangkup.
7) Kecederaan pada paru-paru.
8) Sawan.

• Gangguan pusat pernafasan :
1) Kejutan elektrik atau disambar kilat.
2) Tersedut gas merbahaya e.g gas monoksida,gas sianida.
3) Terminum racun merbahaya atau morfin.

• Gangguan mekanisma pernafasan :
1)Tekanan atau tindihan kuat pada dada.
2)Sentapan otot pernafasan akibat gas merbahaya.
3)Persekitaran kurang beroksigen e.g di dalam terowong.
4)Perubahan tekanan atmosfera e.g di dalam kapal terbang,selepas menyelam laut dalam.

TANDA DAN GEJALA
 Kesukaran bernafas – nafas cepat tetapi sesak.
 Pernafasan berbunyi dan tersekat-sekat atau terbatuk.
 Sakit kepala akibat sedutan gas beracun.
 Kadangkala mulut berbuih.
 Kebiruan pada bibir,kuku dan bahagian lain.
 Sakit dan susah bernafas bagi kecederaan pada tulang rusuk.
 Resah dan gelisah atau hampir hilang kesedaran.
 Pengsan atau tidak sedarkan diri.
 Pernafasan terhenti.

PERAWATAN KECEMASAN
  • Elak dan ubah mangsa dari tempat atau punca-punca asfiksia.
  • Elak mangsa dikerumuni orang ramai.
  • Pastikan pernafasan mangsa berfungsi sempurna e.g keluarkan bendasing.
  • Buka saluran pernafasan jika mangsa tidak sedar diri.(Dongak kepala angkat dagu)
  • Berikan bantuan pernafasan jika pernafasan terhenti.
  • Berikan bantuan pemulihan jantung dan paru-paru jika pernafasan dan fungsi jantung mangsa terhenti.
  • Baringkan terlentang dan palingkan muka ke kiri atau kanan.
  • Kedudukan pemulihan jika pernafasan dan fungsi jantung berfungsi semula.
  • Periksa kadar pernafasan,nadi dan tahap kesedaran setiap 10 minit.
  • Selimutkan mangsa bagi mangsa lemas air.
  • Hantar segera ke hospital.

Kita perlu tahu serba sedikit berkenaan dengan pertolongan cemas dan saya berharap catatan ini dapat membantu bagi sesiapa yang tidak tahu.
Sekian

Salam Pendekar

Selamat datang ke blog pendekar, Di samping ber bloging pendekar juga akan memainkan peranan untuk memberi sedikit sebanyak maklumat yang berguna kepada semua pengunjung yang datang dilaman blog ini . Pendekar dahulu memang tiada tandingannya samaada ilmu, senjata dan persilatannya memang dikagumi.Tapi zaman ini pendekar semakin hilang dan dilupakan. Disini bukan tempat untuk membicarakan ilmu persilatan atau ilmu persenjataan malah jauh sekali ilmu kepahlawanan.