Thursday, February 21, 2008

Anda Ahli Sukan

Anda ahli sukan, tahukah anda terdapat ramai ahli sukan mendapat kecederaan, sama ada ahli sukan terlatih atau tidak. Kecederaan berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya seperti tidak “warn-up” sebelum aktiviti dilakukan, melakukan sesuatu aktiviti melebihi kemampuan dan sebagainya. Jadi anda senang mendapat kecederaan jika tidak mengikut sesuatu prosedur dengan betul . Disini Pendekar ingin memberi penjelasan beberapa jenis kecederaan dan cara rawatannya .



1. TERSELIUH (SPRAIN)

Definisi :
Kecederaan pada suatu ligamen (suatu jalinan kuat tisu berserat hubungkan dua tulang bersama pada sendi) disebabkan oleh regangan lampau.

Tanda dan Gejala :

1) Sakit pada tempat yang cedera
2) Terdapat bengkak dan lebam
3) Sakit bila bergerak
4) Pergerakan terhad

2. KETEGANGAN OTOT (STRAIN)

Definisi :
Regangan atau pekerjaan lampau suatu otot.

Tanda dan Gejala :

1) Sakit yang mencucuk bila bergerak
2) Terdapat bengkak dan lebam
3) Rasa kaku (stif) tempat yang cedera.


Tindakan Perawatan Terseliuh dan Ketegangan Otot :

Kaedah R.I.C.E
1) REST (Rehat)
- kurangkan pergerakan tempat cedera
- berikan kedudukan selesa
2) ICE (Ais)
- demahan sejuk untuk kurangkan bengkak

3) COMPRESS (Balutan Tekanan)
- untuk kurangkan bengkak

4) ELEVATION (Tinggikan)
- tinggikan anggota cedera untuk kurangkan bengkak

Elakkan :

1) Tuaman panas dan mengurut dalam 48 jam
2) Aktiviti anggota yang cedera

Langkah Elak Kecederaan :

1) Senaman memanaskan badan mencukupi
2) Memakai kasut yang sesuai
3) Lakukan aktiviti di atas permukaan yang rata


3. KEKEJANGAN (CRAMP)

Definisi :
Pengecutan otot berpanjangan disebabkan oleh ketidakseimbangan garam dalam tubuh atau kelesuan otot.

Tanda Dan Gejala :

1) Sakit tempat yang cedera.
2) Rasa pengecutan otot

Tindakan Perawatan :

1) Rehatkan pesakit
2) Luruskan tempat yang kejang dan urut perlahan-lahan.

Otot Peha - luruskan dan tinggikan kaki
- ampu pergelangan kaki dan tekan lutut.
- urut perlahan-lahan


Otot Peha Depan - bengkok lutut
- urut perlahan-lahan

Betis Dan Peha - ampu kakinya
- tolak hujung jari-jari kaki kearah mukanya
secara perlahan

*** Apa yang tertera disini adalah rawatan asas ( first aid ).Anda perlu mendapat nasihat dan rawatan lanjutan dari Pegawai Perubatan ( Doktor).

No comments: