Sunday, February 24, 2008

Kepentingan Otak

Otak adalah pusat utama untuk mengawal tahap kesedaran dan pemikiran manusia. Ia menerima rangsangan dari seluruh organ badan dan hantar respon maklumbalas ke tisu-tisu berlainan untuk menghasil fungsi yang dikehendaki.
Otak juga mengawal emosi, daya ingatan dan daya intelik kita. Fungsi otak yang normal akan membolehkan seseorang itu mengawal diri untuk bertindakbalas dengan alam persekitaran, berfikir serta memahami keadaan dirinya.
Otak mengawal semua fungsi badan. Contohnya pergerakan anggota lengan dan kaki sebelah kiri badan dikawal oleh otak sebelah kanan dan sebaliknya.
Sel-sel otak amat sensitif terhadap kekurangan oksigen. Apabila oksigen berkurangan di dalam darah, sel-sel otak akan cepat rosak. Apabila tisu otak telah rosak ia sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Oleh yang demikian, oksigen hendaklah sentiasa diberikan kepada seseorang yang cedera supaya fungsi otak tidak terganggu akibat kekurangan oksigen.
Kecederaan dikepala membawa implikasi yang serius kerana otak didalamnya mungkin mengalami kecederaan.
Apabila otak tercedera, ia mengakibatkan gangguan tahap kesedaran seperti keadaan mengantuk, kebingungan, keresahan, keadaan separuh sedar atau langsung tidak sedarkan diri.
Hentakan yang kuat dan kepatahan tulang tengkorak atau kecederaan nyang menembusi tulang tengkorak akan merosakkan otak iaitu mencederakan tisu otak yang sangat lembut justeru merosakkan fungsinya dan memyebabkan pendarahan didalam otak yanag akan menekan dan merosakkan bahagian otak yang berada disekitarnya.

Gunalah otak dengan bijak , hindari kecederaan.

No comments: