Monday, February 18, 2008

Hari ini pendekar hendak berbicara sikit berkenaan dengan pertolongan cemas, perkara ini mungkin berlaku dan jika kita tahu serba sedikit mungkin akan dapat menyelamatkan mangsa.

ASFIKSIA

Asfiksia adalah satu keadaan mengancam nyawa apabila oksigen dihalang daripada sampai ke tisu oleh penyekatan atau kerosakan pada sebarang bahagian sistem pernafasan.sebab-sebabnya adalah seperti berikut;

• Tersekat saluran pernafasan :
1) Lidah tertolak ke belakang bagi mangsa tak sedar diri.
2) Air di dalam saluran pernafasan (lemas air).
3) Tekanan pada saluran pernafasan e.g gantung diri,dicekik.
4) Disekat gigi palsu,makanan atau muntah.
5) Pembengkakan tisu di kerongkong e.g terminum bahan asid atau alkali,sengatan binatang bisa,penyakit.
6) Kelemasan e.g tertindih,pengsan dengan muka tertangkup.
7) Kecederaan pada paru-paru.
8) Sawan.

• Gangguan pusat pernafasan :
1) Kejutan elektrik atau disambar kilat.
2) Tersedut gas merbahaya e.g gas monoksida,gas sianida.
3) Terminum racun merbahaya atau morfin.

• Gangguan mekanisma pernafasan :
1)Tekanan atau tindihan kuat pada dada.
2)Sentapan otot pernafasan akibat gas merbahaya.
3)Persekitaran kurang beroksigen e.g di dalam terowong.
4)Perubahan tekanan atmosfera e.g di dalam kapal terbang,selepas menyelam laut dalam.

TANDA DAN GEJALA
 Kesukaran bernafas – nafas cepat tetapi sesak.
 Pernafasan berbunyi dan tersekat-sekat atau terbatuk.
 Sakit kepala akibat sedutan gas beracun.
 Kadangkala mulut berbuih.
 Kebiruan pada bibir,kuku dan bahagian lain.
 Sakit dan susah bernafas bagi kecederaan pada tulang rusuk.
 Resah dan gelisah atau hampir hilang kesedaran.
 Pengsan atau tidak sedarkan diri.
 Pernafasan terhenti.

PERAWATAN KECEMASAN
  • Elak dan ubah mangsa dari tempat atau punca-punca asfiksia.
  • Elak mangsa dikerumuni orang ramai.
  • Pastikan pernafasan mangsa berfungsi sempurna e.g keluarkan bendasing.
  • Buka saluran pernafasan jika mangsa tidak sedar diri.(Dongak kepala angkat dagu)
  • Berikan bantuan pernafasan jika pernafasan terhenti.
  • Berikan bantuan pemulihan jantung dan paru-paru jika pernafasan dan fungsi jantung mangsa terhenti.
  • Baringkan terlentang dan palingkan muka ke kiri atau kanan.
  • Kedudukan pemulihan jika pernafasan dan fungsi jantung berfungsi semula.
  • Periksa kadar pernafasan,nadi dan tahap kesedaran setiap 10 minit.
  • Selimutkan mangsa bagi mangsa lemas air.
  • Hantar segera ke hospital.

Kita perlu tahu serba sedikit berkenaan dengan pertolongan cemas dan saya berharap catatan ini dapat membantu bagi sesiapa yang tidak tahu.
Sekian

No comments: