Tuesday, May 19, 2009

Choking ( tercekik )

Sering kita dengar perkataan tercekik, apa yang perlu kita buat apabila seseorang itu tercekik.

Sebelum kita melakukan sesuatu keatas mangsa, kita perlu tahu serba sedikit bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan apakah tindakan yang perlu kita lakukan.

Tercekik selalunya terjadi disebabkan oleh makanan yang kita makan dan makanan tersebut tersekat disalur pernafasan, keadaan ini menyebabkan seseorang itu tidak boleh bercakap dan batuk.

apa perlu kita lakukan ....

tercekik sepenuhnya ( total obstruction ) -mangsa tidak boleh batuk dan bercakap .

tercekik separuh ( partial obstruction )- dalam keadaan ini mangsa masih lagi boleh bercakap atau batuk -jika keadaan ini terjadi - jangan lakukan apa2 dan bawa mangsa ke hospital .

keadaan bila mangsa tercekik



apa yang kita kuatirkan apabila mangsa mengalami tercekik sepenuhnya dan dalam keadaan ini mangsa tidak dapat bernafas.

tindakan kita :

1. bertanyakan mangsa adakah dia tercekik...selalunya dalam keadaan ini mangsa hanya menganggukan kepala.

2. beritahu mangsa kita akan membantu mengeluarkannya.

3. lakukan "back blow" iaitu dengan menggunakan pangkal tapak tangan, tampar belakang mangsa diantara dua tulang skapula. lakukan 5 kali dan sambil lihat keadaan mangsa.

4. selepas itu lakukan pula abdominal trust sebanyak 5 kali.


5. ulang lakukan perkara di no 3 dan 4 sehingga bendasing itu keluar / sehingga mangsa boleh bercakap ....

jika mangsa pengsan dapatkan bantuan 999.

Sunday, May 17, 2009

Chest Compression

Berjumpa sekali lagi dalam arena melakukan CPR. kenapa seringkali kita melakukan CPR tetapi tidak juga berjaya menyelamatkan pesakit.

Memang benar, peratusan menyelamatkan pesakit apabila melakukan CPR amat rendah, setiap satu minit kita melambatkan CPR ,10% peluang untuk menyelamatkan pesakit akan hilang ....jika terlambat melakukan CPR sehingga 10minit, maknanya peluang untuk menyelamatkan pesakit hampir mustahil.

Chest compression ( tekanan dada ) adalah amat mudah dilakukan tanpa menggunakan apa2 gadget atau peralatan.

Bagaimana Melakukannya

1. Lokasi tekanan, pastikan anda menekan ditengah -tengah tulang sternum ( tulang dada.

2. lock kan kedua -dua tangan anda.


3. straight, jangan bengkokkan siku semasa menekan .

4. menekan dada dengan menggunakan berat badan, bukan dengan menggunakan lengan.

5. Kedalaman tekanan

Dewasa - 1 1/2 - 2 inci

6. pastikan tekanan dengan betul, tidak boleh meloncat-loncat.

7. tekanan sebanyak 30 kali, diikuti dengan hembusan 2 kali .

8. anda perlu mencapai 100 kali tekanan dalam satu minit .

selamat mencuba ........

Saturday, May 16, 2009

CPR - Pernafasan Dari Mulut Ke Mulut

Dengar macam seronok ...ade juga yang seram ...

Tapi banyak juga yang takut ..takut pada penyakit- berjangkit ?,
maklumlah zaman ini macam-macam penyakit - berjangkit yang ada.

Jadi bagaimana, boleh kah kita buat CPR tanpa melakukan pernafasan dari mulut ke mulut.

Jawapannya BOLEH ....

Mengikut guideliness AHA 2005 ( American Heart Association ) kita masih boleh melakukan CPR tanpa melakukan pernafasan dari mulut ke mulut. bagaimana nak lakukannya ...senang ajer buat saja tekanan dada selama 2 minit tak henti-henti, selepas 2 minit periksa semula mangsa ( sama ada memeriksa nadi / pergerakan/ pernafasan ) .

Tapi untuk pengetahuan ade juga alat yang boleh diguna untuk melakukan pernafasan, iaitu " pocket face mask" dan " face shield" .

" Pocket Face Mask "

Banyak cara memegangnya... ini saya beri salah satu cara memegang " Pocket Face Mask ".

Harga nya lebih kurang .....dari RM 25.00 - 120.00 bergantung pada "brand"


Face Shield"

kebanyakan datang dalam bentuk pek kecil boleh gantung bersama-sama kunci.


Harga nya lebih kurang .....bawah dari RM 10.00 bergantung pada "brand"

Jadi kalau ade sikit-sikit lebih tu, beli lah alat ini dan simpan dalam kereta ker atau bag ker, bukan nya apa, kalau kecemasan boleh jugak menggunakannya .

Thursday, May 14, 2009

Bersediakah anda melakukan CPR

Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR adalah satu kaedah yang sangat penting untuk menyelamatkan nyawa, banyak yang telah tahu tapi masih ada juga yang ambil ringan atau buat sambil lewa dalam mempelajarinya , bagi yang telah tahu ini adalah satu “revision” .

Kenapa perlu buat CPR

1. Untuk menyelamatkan nyawa.
2. Kebanyakan serangan jantung dapat dipulihkan dengan CPR
3. Segerakan melakukan CPR boleh menghalang dari kematian otak kekal .

Otak adalah sel yang sangat sensitif, Jika ia tidak menerima oksigen lebih 4-6 minit ia akan mula mati dan selepas 10 minit otak akan mati.

CPR adalah cukup mudah dilakukan semudah ABC. Jadi hendak belajar anda perlu tahu DR.ABC.

Apa itu DR. ABC

D = Danger ( iaitu lihat bahaya sebelum mulakan bantuan ). Bahaya ini bermaksud sekitaran tempat yang hendak dilakukan CPR adalah selamat terutamanya untuk penyelamat.

R= Respon ( tepuk bahu mangsa dengan kedua-dua belah tangan, dengan bertanyakan keadaan mangsa) Hello are u OK - posisikan mangsa diatas tempat yang keras).



Jika tiada respon sila dapatkan bantuan ( 999 ).

A= Airway ( buka salur pernafasan dengan dongakkan kepala dan angkat dagu) lihat , dengar dan rasa pernafasan mangsa selama 5-10 saat.





B = Breathing ( Jika tidak bernafas beri bantuan pernafasan dengan memicit hidung dan melakukan pernafasan mulut ke mulut.





C = Circulation ( periksa nadi karotid selama 10 saat / bagi yang tidak dapat memeriksa nadi lihat pergerakan dan pernafasan mangsa ) jika tiada - mula lakukan tekanan dada sebanyak 30 kali tekanan dan 2 kali hembusan .




30 tekanan dan 2 hembusan = 1 pusingan , lakukan sebanyak 5 pusingan selepas 5 pusingan nilai nadi mangsa …. Lakukan sehingga bantuan tiba .

Jika terdapat nadi dan pernafasan -lakukan posisi pemulihan ( recovery position ).




Saya cuba buat seberapa ringkas yang boleh . Maklumat ini adalah secara lisan sahaja, untuk mendapatkan teknik yang berkesan anda sepatutnya melakukan keatas manikin ( berkursus ).

Jika anda perlukan maklumat lanjut sila tinggalkan pesanan di ruang comments , saya akan beri maklumbalas.

Monday, May 11, 2009

Mengurut diri sendiri ( self massage )

1. Kebanyakan orang yang secara naluri menggosok leher mereka atau bahu apabila otot-otot mereka rasa sakit atau lenguh, dalam keadaan tersebut secara tidak langsung mereka telah melakukan satu kaedah penyembuhan holistik.

2. Jika anda dalam keadaan sihat, penggunaan urutan diri adalah satu rutin asas dan merupakan satu jalan terbaik untuk mencegah penyakit. jika anda sedang dalam keadaan sakit, urut diri boleh dimulakan secara perlahan dan proses penyembuhan akan beransur baik.

3. Dengan urutan ini juga boleh meringankan badan, meningkatkan edaran dan membantu mengurangkan pembengkakan, ia mengurangkan keletihan dan menyegarkan semula badan anda.

4. Anda boleh mengurut dengan menggunakan tangan anda sendiri atau dengan menggunakan sarung tangan menambah sedikit minyak adalah sangat baik supaya semasa pengurutan dibuat akan mengurangkan geseran antara tangan anda dan kulit.

5. Urutan juga boleh dimulakan pada kaki anda dan dengan lemah lembut menekan kulit anda dalam satu gerakan membulat.

6. Urutan ini menjadi lebih baik dimulakan pada awal pagi dan dilakukan pada tempat yang banyak pengaliran udara .

Bagaimana…. apa salahnya anda mencuba untuk mendapatkan kesegaran pada waktu pagi ……selamat mencuba

Friday, May 2, 2008

Bahagia ? / Bebaskah Aku Berfikir

Pause ...Agonal .....berhenti seketika ..........berfikir.......
Ramai yang selalu berfikir kabahagiaan dalam hidup ...mudaratkah......
bebaskah aku berfikir dan bagaimana ?

Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang -layang .Seterusnya segala urusan akan menjadi kacau bilau, kecemasan dan kedukaan akan menjadi lebih banyak :-

Sabda Rasulullah SAW,

  • Bila engkau berada di pagi hari , jangan lah tunggu datangnya petang hari.
  • Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi

Kenangan masa lalu selalu sering menghantui, dan seringkali teringat, terlalu pantas, susah untuk memangkas apabila melalui didepan fikiran. Bagaimana?, bolehkah aku lupa begitu saja. Cakap memang senang, dia datang lagi...dan lagi ...Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi tumpukan diri anda pada masa kini, kerana terlalu memikirkan masa lalu dan sesuatu perkara yang telah selesai merupakan satu kebodohan yang nyata dan menyebabkan kegilaan.

Aku terlalu sibuk tiada masa, banyak kerja nih ....kalau kau nak tahu sampai bulan disember penuh dengan aktiviti . wawasan aku ....cita -cita aku belum tercapai lagi .....susahlah macam nih ...apa aku nak jadi nih 5 tahun...10 tahun ...15 tahun akan datang ....Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan yang masih berada di alam ghaib yang anda tidak tahu hujung pangkalnya, teguhkan pendirian, jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Berfikirlah dengan nikmat dan selalu bersyukur.

Aku nih bekerja keras habis -habisan bos tak nampak ker....orang lain dah dapat macam -macam aku nih apa pon tarak ....kerja bagi bertimbun-timbun, tak sempat habis minggu nih minggu depan ditambah ......dah lah kandang-kadang hari cuti pon aku pergi tak claim pulak tu ..aish..tensen .....Teguhlah pendirin dalam menghadapi dugaan hidup, jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang, bekerjalah dengan penuh ketenangan dan kasih sayang," barang siapa menginginkan ketenangan, kenteteraman dan kesenangan maka berzikirlah kepada Allah". Jika berkerja untuk mendapatkan sesuatu maka kerja anda tak kemana dan berakhir dengan kekecewaan ...jika kerja anda penuh dengan kasih sayang maka kemenangan menanti di depan.

Jangan hancurkan hidup anda dengan perkara-perkara yang remeh, sesunguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Jangan lah risau kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan kitaran roda...

Jangan Marah.....Jangan Marah .....Jangan Marah .....

Wednesday, March 26, 2008

Letih, Lesu dan Tidak Bermaya .......

Kalau anda selalu rasa malas dan letih setiap hari walaupun anda telah tidur dengan mencukupi. Ini adalah salah satu cara badan anda bertindak untuk menambah dan menyimpan tenaga anda.

Mitocondria adalah satu struktur sel yang nipis yang dipanggil "power plant" dimana dapat mengeluarkan tenaga sepatutnya.

Jika inilah pertama kali anda merasa letih, keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin, mineral, enzim atau oksigen yang diperlukan untuk metabolisma.
Kekurangan vitamin, mineral, enzim atau oksigen akan menyebabkan pembahagian sel menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan anda menjadi tidak bermaya.

Keadaan letih dan lesu mungkin juga disebabkan oleh keadaan lain seperti anemia, tekanan darah rendah, infeksi yang kronik atau penyakit hati.( untuk mengetahui penyakit berikut anda dinasihati berjumpa dengan Doktor).

Letih dan lesu adalah satu isyarat dari badan anda, yang tidak boleh diambil sambil lewa. Jangan sesekali menggunakan minuman atau bahan yang mengandungi Kaffin "caffeine" sebagai bahan stimulasi.

Apa yang boleh anda lakukan
Untuk menghilangkan rasa letih dan lesu, anda sepatutnya mengimbangi antara aktiviti yang memerlukan tenaga dan rehat.

Bersukan atau melakukan exercise pada waktu pagi membantu anda meningkatkan tenaga.

Makanan yang seimbang iaitu mempunyai banyak buah dan sayuran akan memberi tenaga kepada sel dengan secukupnya untuk melawan keletihan anda.
Makanan yang mengandungi kaffin dan nicotine akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral dengan baik.

Elakkan pengambilan gula yang banyak, gula yang banyak akan menyebabakan penyerapan berlaku dengan cepat dan masuk kedalam aliran darah. Selepas gula dalam darah berkurangan akan menyebabkan anda menjadi lebih letih dari sebelumnya.

Hot -Cold Showers
Mandi dengan air panas dan sejuk . Pada mulanya mandi dengan air panas selama 3 minit dan diikuti dengan air sejuk 3 minit . Keadaan ini akan membantu stimulasi kulit anda dan menyebabkan pengaliran darah dalam badan menjadi lebih baik. Keadaan ini juga akan menyingkirkan bahan buangan dari badan anda.