Wednesday, February 27, 2008

Pendarahan dan Luka

Kita mungkin terdedah dengan pelbagai kecederaan sama ada dirumah, diluar atau ditempat kerja. Dengan kecederaan tersebut, kemungkinan akan berlaku pendarahan dan kita perlu melakukan sesuatu supaya darah yang keluar dapat dihentikan dengan cara yang betul .

KLASIFIKASI :

A. PENDARAHAN LUAR
- Pendarahan dari permukaan kulit dan dapat dilihat.
B. PENDARAHAN DALAM
- Pendarahan di dalam tisu atau ruang tubuh.
- Di ketahui melalui tanda dan gejala pada mangsa.

JENIS PENDARAHAN

A. Pendarahan Arteri
- Darah warna merah terang
- Tekanan tinggi dan memancut
- Dari jantung ke tisu atau organ

B. Pendarahan Vena
- Darah warna merah gelap
- Tekanan rendah dan aliran mantap
- Dari tisu atau organ ke jantung

C. Pendarahan kapilari
- Darah kurang kemerahan
- Rembesan sahaja.

Apa Yang perlu Anda Lakukan
Pendarahan Luar
- alihkan mangsa ke tempat selamat
- periksa luka
- dedahkan dan lihat keadaan luka
- bersihkan jika luka kecil
- cari luka lain jika ada
- pastikan kebersihan tangan penyelamat

Bagaimanakah untuk hentikan pendarahan
a. tekanan secara langsung
- guna tangan mangsa/penyelamat
- guna kain bebat
- guna bandej untuk balutan
b. tekanan tak langsung
- salurnadi brakial
- salurnadi femoral

Tenangkan mangsa
- tinggikan bahagian anggota cedera
- hantar ke hospital


Jika bendasing terlekat pada luka

- letak kain bebat/bersih secara longgar di tempat luka
- letakkan pad antara luka untuk mudahkan balutan
- tinggikan bahagian sakit
- jika ada kepatahan,kurangkan gerakan tempat cedera
- tentukan jari terasa panas dan nadi ada
- hantar ke hospital

Pendarahan Dalaman
- baringkan mangsa dan palingkan mangsa
- kurangkan pergerakan
- tinggikan kaki dan tenangkan mangsa
- longgarkan pakaian ketat
- periksa saluran pernafasan(airway),
pernafasan(breathing),nadi(circulation)
- kedudukan pemulihan jika tak sedarkan diri
- hantar ke hospital

Pendarahan Telinga
- duduk dan sandarkan mangsa
- sengetkan ke bawah telinga yang berdarah
- letakkan kain bebat/bersih dan balutkan jangan
terlalu ketat

Pendarahan Mata
- baringkan terlentang
- suruh tutup mata yang cedera
- letak kain bebat/bersih dan balutkan jangan
terlalu ketat

Pendarahan Hidung
- dudukkan mangsa dan kepala arah ke depan
- bernafas melalui mulut
- tekan hidung selama 10 minit
- elak bercakap,menelan atau hembus angin
melalui hidung

Berikut adalah rawatan kecemasan yang boleh anda lakukan kepada mangsa, jangan lengah dan membuang masa, hantar mangsa ke hospital dengan segera. Setiap minit adalah berharga.

Monday, February 25, 2008

Sawan / Epilepsi / Tarik

Penyakit epilepsi dan sawan adalah keadaaan yang berkaitan diantara satu sama lain dan sering menimbul kekeliruan, namun bukan semua sawan itu epilepsi.
Anggapan penyakit sawan sebagai penyakit gila iaitu gila -babi membuatkan orang ramai berasa malu apabila mendapat penyakit sawan. Sawan adalah disebabkan oleh gangguan seketika di bahagian otak yang mengawal badan.
Pelbagai punca sawan telah dikenalpasti seperti stroke, kecederaan kepala, ketagih dadah, ketagih alkohol, kekurangan oksigen, kekurangan glukos dalam darah, jangkitan kuman dalam otak dan deman yang tinggi pada bayi atau kanak-kanak.
Sawan lebih kerap berlaku kepada pengidap epilepsi.

Bagaimana mengendalikan mangsa sawan
Matlamat sebenar ialah melindungi mangsa daripada mendapat kecederaan semasa serangan tersebut. Biarkan mangsa tanpa ganguan sehingga sawan itu berhenti.
1. Jauhkan apa jua barang yang berdekatan dengan mangsa.
2. Baringkan mangsa diatas katil atau diatas lantai, elakkan kepala mangsa daripada terhantuk daripada benda keras.
3. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat, mengiringkan mangsa ke sisi.
4. Longgarkan pakaian.
5. Jangan cuba mengikat atau memegang mangsa semasa serangan sawan.
6. Jangan cuba memasuk sesuatu ke dalam mulut mangsa seperti sudu dan sebagainya.
7. Apabila serangan sawan terhenti :
  • Posisikan mangsa mengiring supaya salur pernafasan tidak tersekat.
  • Berikan oksigen jika ada
  • Jangan memberikan mangsa sebarang makanan sehingga mangsa betul-betul sedar.
  • Lakukan jeluman dengan air bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami suhu badan yang tinggi ( demam).
  • jangan lupa hantarkan mangsa ke hospital walaupun mangsa telah sedar untuk mendapat rawatan lanjutan .

Sunday, February 24, 2008

Kepentingan Otak

Otak adalah pusat utama untuk mengawal tahap kesedaran dan pemikiran manusia. Ia menerima rangsangan dari seluruh organ badan dan hantar respon maklumbalas ke tisu-tisu berlainan untuk menghasil fungsi yang dikehendaki.
Otak juga mengawal emosi, daya ingatan dan daya intelik kita. Fungsi otak yang normal akan membolehkan seseorang itu mengawal diri untuk bertindakbalas dengan alam persekitaran, berfikir serta memahami keadaan dirinya.
Otak mengawal semua fungsi badan. Contohnya pergerakan anggota lengan dan kaki sebelah kiri badan dikawal oleh otak sebelah kanan dan sebaliknya.
Sel-sel otak amat sensitif terhadap kekurangan oksigen. Apabila oksigen berkurangan di dalam darah, sel-sel otak akan cepat rosak. Apabila tisu otak telah rosak ia sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Oleh yang demikian, oksigen hendaklah sentiasa diberikan kepada seseorang yang cedera supaya fungsi otak tidak terganggu akibat kekurangan oksigen.
Kecederaan dikepala membawa implikasi yang serius kerana otak didalamnya mungkin mengalami kecederaan.
Apabila otak tercedera, ia mengakibatkan gangguan tahap kesedaran seperti keadaan mengantuk, kebingungan, keresahan, keadaan separuh sedar atau langsung tidak sedarkan diri.
Hentakan yang kuat dan kepatahan tulang tengkorak atau kecederaan nyang menembusi tulang tengkorak akan merosakkan otak iaitu mencederakan tisu otak yang sangat lembut justeru merosakkan fungsinya dan memyebabkan pendarahan didalam otak yanag akan menekan dan merosakkan bahagian otak yang berada disekitarnya.

Gunalah otak dengan bijak , hindari kecederaan.

Thursday, February 21, 2008

Anda Ahli Sukan

Anda ahli sukan, tahukah anda terdapat ramai ahli sukan mendapat kecederaan, sama ada ahli sukan terlatih atau tidak. Kecederaan berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya seperti tidak “warn-up” sebelum aktiviti dilakukan, melakukan sesuatu aktiviti melebihi kemampuan dan sebagainya. Jadi anda senang mendapat kecederaan jika tidak mengikut sesuatu prosedur dengan betul . Disini Pendekar ingin memberi penjelasan beberapa jenis kecederaan dan cara rawatannya .



1. TERSELIUH (SPRAIN)

Definisi :
Kecederaan pada suatu ligamen (suatu jalinan kuat tisu berserat hubungkan dua tulang bersama pada sendi) disebabkan oleh regangan lampau.

Tanda dan Gejala :

1) Sakit pada tempat yang cedera
2) Terdapat bengkak dan lebam
3) Sakit bila bergerak
4) Pergerakan terhad

2. KETEGANGAN OTOT (STRAIN)

Definisi :
Regangan atau pekerjaan lampau suatu otot.

Tanda dan Gejala :

1) Sakit yang mencucuk bila bergerak
2) Terdapat bengkak dan lebam
3) Rasa kaku (stif) tempat yang cedera.


Tindakan Perawatan Terseliuh dan Ketegangan Otot :

Kaedah R.I.C.E
1) REST (Rehat)
- kurangkan pergerakan tempat cedera
- berikan kedudukan selesa
2) ICE (Ais)
- demahan sejuk untuk kurangkan bengkak

3) COMPRESS (Balutan Tekanan)
- untuk kurangkan bengkak

4) ELEVATION (Tinggikan)
- tinggikan anggota cedera untuk kurangkan bengkak

Elakkan :

1) Tuaman panas dan mengurut dalam 48 jam
2) Aktiviti anggota yang cedera

Langkah Elak Kecederaan :

1) Senaman memanaskan badan mencukupi
2) Memakai kasut yang sesuai
3) Lakukan aktiviti di atas permukaan yang rata


3. KEKEJANGAN (CRAMP)

Definisi :
Pengecutan otot berpanjangan disebabkan oleh ketidakseimbangan garam dalam tubuh atau kelesuan otot.

Tanda Dan Gejala :

1) Sakit tempat yang cedera.
2) Rasa pengecutan otot

Tindakan Perawatan :

1) Rehatkan pesakit
2) Luruskan tempat yang kejang dan urut perlahan-lahan.

Otot Peha - luruskan dan tinggikan kaki
- ampu pergelangan kaki dan tekan lutut.
- urut perlahan-lahan


Otot Peha Depan - bengkok lutut
- urut perlahan-lahan

Betis Dan Peha - ampu kakinya
- tolak hujung jari-jari kaki kearah mukanya
secara perlahan

*** Apa yang tertera disini adalah rawatan asas ( first aid ).Anda perlu mendapat nasihat dan rawatan lanjutan dari Pegawai Perubatan ( Doktor).

Monday, February 18, 2008

Hari ini pendekar hendak berbicara sikit berkenaan dengan pertolongan cemas, perkara ini mungkin berlaku dan jika kita tahu serba sedikit mungkin akan dapat menyelamatkan mangsa.

ASFIKSIA

Asfiksia adalah satu keadaan mengancam nyawa apabila oksigen dihalang daripada sampai ke tisu oleh penyekatan atau kerosakan pada sebarang bahagian sistem pernafasan.sebab-sebabnya adalah seperti berikut;

• Tersekat saluran pernafasan :
1) Lidah tertolak ke belakang bagi mangsa tak sedar diri.
2) Air di dalam saluran pernafasan (lemas air).
3) Tekanan pada saluran pernafasan e.g gantung diri,dicekik.
4) Disekat gigi palsu,makanan atau muntah.
5) Pembengkakan tisu di kerongkong e.g terminum bahan asid atau alkali,sengatan binatang bisa,penyakit.
6) Kelemasan e.g tertindih,pengsan dengan muka tertangkup.
7) Kecederaan pada paru-paru.
8) Sawan.

• Gangguan pusat pernafasan :
1) Kejutan elektrik atau disambar kilat.
2) Tersedut gas merbahaya e.g gas monoksida,gas sianida.
3) Terminum racun merbahaya atau morfin.

• Gangguan mekanisma pernafasan :
1)Tekanan atau tindihan kuat pada dada.
2)Sentapan otot pernafasan akibat gas merbahaya.
3)Persekitaran kurang beroksigen e.g di dalam terowong.
4)Perubahan tekanan atmosfera e.g di dalam kapal terbang,selepas menyelam laut dalam.

TANDA DAN GEJALA
 Kesukaran bernafas – nafas cepat tetapi sesak.
 Pernafasan berbunyi dan tersekat-sekat atau terbatuk.
 Sakit kepala akibat sedutan gas beracun.
 Kadangkala mulut berbuih.
 Kebiruan pada bibir,kuku dan bahagian lain.
 Sakit dan susah bernafas bagi kecederaan pada tulang rusuk.
 Resah dan gelisah atau hampir hilang kesedaran.
 Pengsan atau tidak sedarkan diri.
 Pernafasan terhenti.

PERAWATAN KECEMASAN
  • Elak dan ubah mangsa dari tempat atau punca-punca asfiksia.
  • Elak mangsa dikerumuni orang ramai.
  • Pastikan pernafasan mangsa berfungsi sempurna e.g keluarkan bendasing.
  • Buka saluran pernafasan jika mangsa tidak sedar diri.(Dongak kepala angkat dagu)
  • Berikan bantuan pernafasan jika pernafasan terhenti.
  • Berikan bantuan pemulihan jantung dan paru-paru jika pernafasan dan fungsi jantung mangsa terhenti.
  • Baringkan terlentang dan palingkan muka ke kiri atau kanan.
  • Kedudukan pemulihan jika pernafasan dan fungsi jantung berfungsi semula.
  • Periksa kadar pernafasan,nadi dan tahap kesedaran setiap 10 minit.
  • Selimutkan mangsa bagi mangsa lemas air.
  • Hantar segera ke hospital.

Kita perlu tahu serba sedikit berkenaan dengan pertolongan cemas dan saya berharap catatan ini dapat membantu bagi sesiapa yang tidak tahu.
Sekian

Salam Pendekar

Selamat datang ke blog pendekar, Di samping ber bloging pendekar juga akan memainkan peranan untuk memberi sedikit sebanyak maklumat yang berguna kepada semua pengunjung yang datang dilaman blog ini . Pendekar dahulu memang tiada tandingannya samaada ilmu, senjata dan persilatannya memang dikagumi.Tapi zaman ini pendekar semakin hilang dan dilupakan. Disini bukan tempat untuk membicarakan ilmu persilatan atau ilmu persenjataan malah jauh sekali ilmu kepahlawanan.