Thursday, May 14, 2009

Bersediakah anda melakukan CPR

Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR adalah satu kaedah yang sangat penting untuk menyelamatkan nyawa, banyak yang telah tahu tapi masih ada juga yang ambil ringan atau buat sambil lewa dalam mempelajarinya , bagi yang telah tahu ini adalah satu “revision” .

Kenapa perlu buat CPR

1. Untuk menyelamatkan nyawa.
2. Kebanyakan serangan jantung dapat dipulihkan dengan CPR
3. Segerakan melakukan CPR boleh menghalang dari kematian otak kekal .

Otak adalah sel yang sangat sensitif, Jika ia tidak menerima oksigen lebih 4-6 minit ia akan mula mati dan selepas 10 minit otak akan mati.

CPR adalah cukup mudah dilakukan semudah ABC. Jadi hendak belajar anda perlu tahu DR.ABC.

Apa itu DR. ABC

D = Danger ( iaitu lihat bahaya sebelum mulakan bantuan ). Bahaya ini bermaksud sekitaran tempat yang hendak dilakukan CPR adalah selamat terutamanya untuk penyelamat.

R= Respon ( tepuk bahu mangsa dengan kedua-dua belah tangan, dengan bertanyakan keadaan mangsa) Hello are u OK - posisikan mangsa diatas tempat yang keras).



Jika tiada respon sila dapatkan bantuan ( 999 ).

A= Airway ( buka salur pernafasan dengan dongakkan kepala dan angkat dagu) lihat , dengar dan rasa pernafasan mangsa selama 5-10 saat.





B = Breathing ( Jika tidak bernafas beri bantuan pernafasan dengan memicit hidung dan melakukan pernafasan mulut ke mulut.





C = Circulation ( periksa nadi karotid selama 10 saat / bagi yang tidak dapat memeriksa nadi lihat pergerakan dan pernafasan mangsa ) jika tiada - mula lakukan tekanan dada sebanyak 30 kali tekanan dan 2 kali hembusan .




30 tekanan dan 2 hembusan = 1 pusingan , lakukan sebanyak 5 pusingan selepas 5 pusingan nilai nadi mangsa …. Lakukan sehingga bantuan tiba .

Jika terdapat nadi dan pernafasan -lakukan posisi pemulihan ( recovery position ).




Saya cuba buat seberapa ringkas yang boleh . Maklumat ini adalah secara lisan sahaja, untuk mendapatkan teknik yang berkesan anda sepatutnya melakukan keatas manikin ( berkursus ).

Jika anda perlukan maklumat lanjut sila tinggalkan pesanan di ruang comments , saya akan beri maklumbalas.

2 comments:

::Asya Alesya Natasya:: said...

:bls singgah gak kt sini::

Sis Lin said...

betul2 tu...kena belajar dn kena jgk le praktikkn...
tp kan,kena le tgk2 gak,kot2 yg nk CPR kan kita tu mulut berbau?? ha jawab..hahahahahaha terus sedar ye..